Saturday, February 04, 2006

GOLONGAN YANG MENDAPAT NAUNGAN ALLAH


Daripada Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w telah bersabda :

“ 7 golongan yang mendapat naungan Allah S.W.T di hati Qiamat, dimana tiada
perlindungan ketika itu selain daripada perlindungan Allah.”

PERTAMA
Pemimpin yang adil

KEDUA

Seorang pemuda yang ketika hidupnya digunakan untuk mengabdikan dirinya kepada Allah S.W.T.

KETIGA
Seseorang yang hatinya sentiasa rasa terikat dengan masjid

KEEMPAT
2 insan yang saling mencintai kerana Allah S.W.T, bertemu dan berpisahnya adalah kerana semata-mata mengharapkan keredhaan Allah S.W.T.

KELIMA
Seorang pemuda yang dipujuk oleh seorang wanita bangsawan lagi rupawan untuk melakukan zina dengannya, lalu ditolak rayuan tersebut dengan berkata :
“ Sesungguhnya aku ini takut akan Allah S.W.T. ”

KEENAM
Seseorang yang bersedekah secara sembunyi (senyap-senyap) sehingga diamana tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberikan oleh tangan kanannya.

KETUJUH
Seseorang hamba yang sentiasa berzikir dengan nama Allah S.W.T. diwaktu sunyi (iaitu ketika tiada orang lain bersamanya) lalu menitis air matanya kerana mengingatkan akan kehebatan dan kekuasaan Allah S.W.T.


Diriwayatkan oleh Al Bukhari, Muslim, dan An Nasai’e

No comments: